zaiton abdullah

zaiton abdullah

Zaiton Abdullah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Zaiton Abdullah adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku. Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid, Zaiton berasal daripada keluarga yang sederhana. Zaiton merupakan heroin filem seangkatan dengan Hashimah Yon, Latifah Omar, Roseyatimah dan Sarimah. Film Hang Tuah (1955) telah melambungkan nama beliau dalam dunia perfilman Melayu zamannya. Beliau juga adalah satu-satunya pelakon Melayu yang dipilih bagi mewakili Malaya (Malaysia dan Singapura) ke Pesta Pacific di San Francisco, Amerika Syarikat, selama sebulan di atas tajaan syarikat penerbangan antarabangsa terbesar, Pan American Airways (kini Pan American World Airways). Zaiton dan Sri Rahayu Sudarmaji keduanya merupakan pelakon asal filem Bujang Lapok yang memainkan watak Jeton dan Ayu 20sen. Selepas 60 tahun kemudian, Zaiton masih diingati oleh ramai peminatnya sebagai seniwati legenda dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita. Pada tahun 2020, Madam Zaiton mengambil tindakan undang-undang terhadap Safie dan Nafsiah untuk mendapatkan semula 5,359.80 yang diserahkannya pada Safie pada tahun 2015. Zaiton Abdullah adalah salah seorang seniwati terkemuka dan berjaya dalam sejarah filem Melayu dan merupakan inspirasi serta semangat untuk generasi dalam mempertahankan warisan seni dan budaya ke arah yang lebih gemilang.